
Ramai yang berhabis wang untuk kelihatan cantik dan mendapat kulit licin. Namun, bukan semua produk memberikan kesan yang baik kepada kulit tambahan lagi kulit sensitif.
Tahukah anda, sebenarnya bahan semulajadi seperti tomato mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan. Selain baik dengan nutrien, tomato juga bagus untuk kulit, antaranya menjadikan kulit wajah licin dan berseri.
Tomato juga sangat berkesan mengecutkan jerawat dan menghaluskan liang pori. Kandungan antioksisan di dalam tomato mampu melawan kesan kerosakan sel kulit oleh radikal bebas. Tomato juga mampu merawat pelbagai masalah kulit dan melambatkan penuaan.
Mari kita lihat bagaimana tomato boleh melicinkan kulit:
Ambil sebiji buah tomato masak, lecekkan sehingga lumat. Kemudian letakkan ke seluruh wajah. Biarkan kering selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Jika diamalkan selalu, kulit wajah akan menjadi licin dan warnanya jadi kemerahan dan berseri.
Selamat mencuba!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]