
Semut memang suka dengan benda-benda manis seperti gula. Ia akan tetap menghurung gula biar pun bekas gula itu ditutup rapat dan kemas.
Untuk menghalaunya, cuba petua ini:
Ambil beberapa batang kulit kayu manis dan masukkan ke dalam bekas gula. Tidak berapa lama, semut akan lari dan hilang. Bau kulit kayu manis tadi akan menghalau semut dari bekas gula.
Setelah semut tiada, biarkan sahaja kulit kayu manis tadi, ia tidak akan merosakkan gula sebaliknya memberikan bau yang harum kepada gula.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]