
Virus pandemic Covid-19 memaksa kita semua untuk sentiasa berada di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini juga bermaksud bil elektrik anda akan melambung tinggi kerana penggunaan elektrik yang lebih tinggi. Ketahui cara menjimatkan elektrik dengan beberapa tips berikut:
1. Cahaya semulajadi

Mengapa perlu membayar bil eletrik yang tinggi apabila anda boleh mendapatkan sumber cahaya percuma pada waktu siang. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mempunyai tingkap untuk menerangi ruang kediaman anda sepenuhnya tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun.
Padamkan lampu-lampu dan buka tingkap, nikmati cahaya matahari dari luar. Pasang tirai atau langsir yang jarang bagi mengurangkan silau atau cahaya panas dari memasuki terus ke dalam ruang kediaman anda.
2. Jangan mandi terlalu lama

Mandi dengan air pancuran hangat memang menenangkan. Tetapi ia bukan hanya menjadikan bil eletrik anda lebih tinggi, malah bil air juga akan naik dengan banyak.
Semakin lama air panas ini dihidupkan, semakin banyak tenaga elektrik digunakan. Peningkatan suhu pada pemanas air juga akan meningkatkan penggunaan tenaga sekaligus meningkatkan penggunaan elektrik.
3. Tetapkan masa pada penghawa dingin

Kini, rata-rata kediaman mempunyai kipas angin atau penghawa dingin. Tujuan penghawa dingin adalah untuk menurunkan suhu rumah yang biasanya dilakukan pada hari yang panas dan sebelum tidur.
Tetapi ada sebilangan yang membiarkan penghawa dingin berfungsi sepanjang malam yang bermaksud menggunakan banyak tenaga elektrik sepanjang hari.
Sebilangan besar unit penghawa dingin sekarang mempunyai penetap masa yang boleh memastikan “aircond” dimatikan secara automatik. Ini akan dapat menjimatkan tenaga elektrik anda.
4. Basuh pakaian dengan beban penuh

Tahukah anda, membasuh pakaian dalam mesin basuh dengan satu kuantiti besar dapat menjimatkan sekitar 25% hingga 50% tenaga elektrik dari dua kuantiti kecil? Menggunakan mesin basuh secara berterusan dengan separuh beban boleh membuang banyak tenaga dan juga air.
Sekadar satu atau dua helai pakaian, cucilah menggunakan tangan, ini lebih menjimatkan bukan.
5. Cabut plag elektronik yang tidak digunakan

Membiarkan elektronik yang tidak digunakan terpasang pada soket elektrik adalah satu tabiat yang sering dilakukan oleh kebanyakan orang. Tahukan anda, peranti yang masih terpasang atau dalam mood siap sedia, masih mempunyai pengaliran cas elektrik.
Matikan kuasa dan putuskan dari soket kuasa utama apabila peranti atau perkakas tidak digunakan. Ini akan menjimatkan sehingga 30% tenaga elektrik dengan mudah dan juga memastikan elektronik anda selamat dari kemungkinan kerosakan akibat lonjakan kuasa atau litar pintas.
Jadi, sekarang anda boleh menjimatkan lebih banyak tenaga elektrik walaupun kerap tinggal di rumah. Sekiranya anda menghadapi masalah elektrik di rumah, anda boleh sahaja menghubungi jurutera profesional kami untuk membantu anda memperbaiki dan menikmati faedah besar dari Kaodim.
Artikel ini telah diterbitkan di kaodim.com
Kaodim adalah salah satu platfom perkhidmatan tempatan yang sedang berkembang maju di Asia Tenggara. Kaodim menghubungkan pengguna kepada penyedia perkhidmatan tempatan persendirian dan profesional – dengan pantas dan bebas gangguan.
Dengan aplikasi Kaodim, pengguna boleh mengakses kepada perkhidmatan profesional untuk pengubahsuaian rumah, pembersihan pejabat dan banyak lagi.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]