Bersihkan telefon pintar anda dari virus dan bakteria

Bersihkan telefon pintar anda dari virus dan bakteria

Anda disaran membersihkan telefon bimbit sekurang-kurangnya sekali sehari.

Rutin pembersihan yang ringkas pada telefon pintar anda dapat mengelakkan penyebaran virus Covid-19. (Gambar Rawpixel)
PARIS:
Satu kajian di Australia mendapati, virus korona boleh hidup pada telefon pintar selama 28 hari di bawah beberapa kondisi.

Kerana itulah, anda disaran membersihkan telefon bimbit anda sekurang-kurangnya sekali sehari. Ia hanya mengambil masa beberapa saat sahaja dan boleh mengelakkan diri dari terkena penyakit merbahaya ini.

Seperti yang kita sedia maklum, membasuh tangan adalah kunci utama mengelakkan dari penyebaran atau jangkitan Covid-19. Namun, walaupun tangan dibasuh sebersihnya beberapa kali sehari, jangan lupa objek yang kita pegang selalu adalah telefon pintar kita juga perlu berada dalam keadaan bersih.

  • Untuk membersihkan telefon pintar, anda perlukan kain yang sedikit lembap (dengan sedikit sabun jika perlu).
  • Perlahan-lahan gosokkan kain tersebut pada permukaan telefon tanpa mencalarkan skin. Kemudian, ambil kain kering dan gosokkan sekali lagi.
  • Untuk mendapatkan perlindungan menyeluruh, keseluruhan telefon harus dibersihkan.
  • Buka penutup telefon dan bersihkan menggunakan kaedah yang sama.
  • Pastikan anda tidak menggunakan air untuk membasuh telefon kerana ia yang akan merosakkan telefon tersebut.
  • Lakukan pembersihan sebegini sekali setiap hari terutama di waktu pandemik begini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.