Pelumba basikal muda Malaysia tunjuk ‘taring’ di Australia

Pelumba basikal muda Malaysia tunjuk ‘taring’ di Australia

Anak kepada bekas pelumba basikal terkenal, Tsen Seong Hoong itu kini menyertai pasukan basikal profesional di Australia.

Kebiasaannya, Tsen adalah satu-satunya pelumba Asia yang menyertai pelbagai perlumbaan basikal. (Gambar Tsen)

Tanjung Bungah: Di laluan sejauh 6,502 kilometer di Brisbane, kelihatan sekumpulan pelumba basikal cuba memintas antara satu sama lain untuk tiba ke garisan penamat.

Namun, di kalangan barisan pelumba dari luar negara itu, anda pasti terkejut melihat seorang pelumba muda Malaysia yang berada di bahagian paling hadapan.

“Tahun pertama menyertai pelumbaan, ada yang memberi tanggapan bahawa saya tidak layak berada di situ.

“Lama-kelamaan, apabila mereka mula melihat kejayaan saya yang menewaskan pelumba veteran, saya mula mendapat penghormatan,” kata pelumba berusia 18 tahun ini.

Tsen Ren Bao mengikuti jejak langkah bapanya dalam arena sukan berbasikal. (Gambar Tsen)

Sebelum Tsen Ren Bao berada di Australia untuk berentap dengan pelumba berpengalaman, dia tinggal di Kuala Lumpur dan mengayuh basikal sejak berusia 13 tahun lagi.

Nama keluarga Tsen mungkin dikenali di kalangan peminat fanatik sukan itu dan anak muda terbabit mempunyai darah seorang juara yang mengalir di dalam dirinya.

Ia memandangkan bapanya, Tsen Seong Hoong adalah bekas pelumba basikal yang pernah membawa kejayaan besar dengan meraih pingat emas untuk negara dalam Sukan SEA di Thailand pada 1995.

Keluarga itu berhijrah ke Brisbane pada 2016 untuk mendapatkan peluang pendidikan dan prospek kerjaya lebih baik namun dia tidak menyangka dirinya akan mengikuti jejak langkah bapa di bawah bimbingan jurulatih bekas atlet Olimpik.

“Selepas menjalani banyak latihan, saya akhirnya menyertai pasukan basikal enam minggu lalu.

“Kini saya dilatih oleh jurulatih, Jordan Kerby yang kini mewakili New Zealand untuk Sukan Olimpik Tokyo,” jelasnya yang kini menyertai Pasukan Basikal Meiyo Pro dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang dipilih dalam pasukan berkenaan.

Pada 6 Februari 2012, Tsen mendahului pelumba ketika acara U19 Australia Champ Road Race. (Gambar Tsen)

Pada 6 Februari lalu, Tsen mengukir nama menerusi acara perlumbaan di Ballarat, Melbourne yang memperlihatkannya dirinya berentap dengan beberapa pelumba terkemuka Australia.

Seramai 77 pelumba basikal terbaik di Australia menyertai acara berkenaan dan Tsen berjaya mencipta kejayaannya sendiri dengan meraih tempat ke-12.

Menurut Tsen, ia adalah salah satu cabaran paling sukar yang dilalui dalam hidupnya sebelum berjaya berada di kedudukan ke-12 itu.

Ketika hari bersekolah, dia berlatih kira-kira 13 jam hingga 16 jam setiap minggu manakala 21 jam ketika hari cuti merangkumi laluan sejam 600 kilometer. (Gambar Tsen)

“Saya sebenarnya terkejut dengan pencapaian ini dan kaki pula mengalami kekejangan pada pusingan keempat.

“Paling teruk kekejangan itu berlaku ketika kayuhan di kawasan bawah bukit dan saya mengalami kesakitan sepanjang dua kilometer ketika mendakinya,” katanya.

Pada masa itu, pelumba lain mula memintas dan kedudukannya semakin jauh, apatah lagi untuk mencipta rekod peribadi terbaik.

Bagaimanapun, dia berjaya menebus dirinya dan cuba mengatasi kesakitan seketika selain menganggap rakannya, Adam Baker sebagai salah satu pendorong kejayaan itu.

Kehadiran mentor dan rakan yang dianggap seperti bapa sendiri, Adam Baker, 50, banyak mempengaruhi kehidupan Tsen. (Gambar Tsen)

“Ketika dipintas beberapa kereta, saya secara tiba-tiba terfikir mengenai wang dan masa dilaburkan oleh Baker untuk menerbangkan saya dari Brisbane ke Melbourne semata-mata bagi menyertai perlumbaan ini.

“Saya mendapat dorongan daripadanya dan terus mengayuh pedal dengan laju untuk mengejar kumpulan pelumba basikal di hadapan,” katanya yang menjelaskan bahawa Baker juga adalah pengarah sukan pasukan Meiyo Pro.

Katanya, Baker adalah penyokong terbesarnya sejak dari mula lagi dan mempengaruhi perjalanannya dalam sukan terbabit.

“Sukar untuk saya menggambarkan dirinya dengan kata-kata kerana dia adalah insan yang menjadikan diri saya pada hari ini.

“Dia sentiasa melihat perlumbaan disertai dan melatih saya di jalan rata. Dia umpama ayah kedua buat saya,” katanya.

Tsen mendapat kedudukan pertama ketika Sizzling Summer Series. (Gambar Tsen)

Ketika bercakap kepada FMT menerusi panggilan telefon, pelumba muda ini sebenarnya sangat sibuk menjaga kedai runcit milik keluarganya di Brisbane.

Setiap pagi, dia bangun pada jam 5 pagi sebelum menjalankan latihan selama dua jam dan terus ke sekolah.

Sebaik tamat sesi persekolahan pada jam 3 petang, dia bekerja di sebuah kedai basikal pada setiap Selasa dan Khamis manakala hari lain pula sibuk menjaga kedai runcit hingga jam 6 petang.

Walaupun terpaksa membahagikan masa antara sekolah dan kerjaya, dia tetap komited melaksanakan rutin hariannya kerana ia adalah kunci kepada kejayaan dalam sukan berbasikal.

Sukan berbasikal adalah jiwanya malah di universiti juga, Tsen merancang untuk meneruskan kerjayanya itu. (Gambar Tsen)

Bagaimanapun, sebelum kejayaan itu, pelumba muda itu tidak lari daripada cabaran peribadi hingga ingin meninggalkan segala-galanya dan mengalah.

“Ketika usia 16 tahun, saya tidak menunjukkan sebarang hasil. Saya pernah berfikir untuk mengalah dan hilang motivasi,” katanya yang terperangkap dalam situasi itu selama tiga bulan.

Namun, dia berjaya keluar daripada keadaan itu dan terus memberi dorongan kepada diri sendiri untuk terus mengayuh basikal.

“Kali terakhir saya kembali ke Malaysia adalah pada 2016 dan saya rindukan rakan serta keluarga.

“Apabila kembali nanti, saya berhasrat untuk bertanding mewakili Malaysia dalam Sukan SEA,” katanya yang rindukan makanan Malaysia seperti nasi lemak dan cendol.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.