Sara hafal nama ibu kota dan mata wang negara seluruh dunia

Sara hafal nama ibu kota dan mata wang negara seluruh dunia

Kebolehannya menghafal itu dilatih sejak tiga tahun lalu oleh pengasas Brain Rhyme Cognitive Solutions, Sushant Myrorekar.

Sara mempunyai daya ingatan yang mengagumkan.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun yang mempunyai daya ingatan mengagumkan menjadi individu pertama mencipta rekod dunia dengan menghafal nama ibu kota serta mata wang negara seluruh dunia.

Sara Chhipa dari Rajasthan, India yang menetap bersama keluarga di Dubai mendapat pengiktirafan besar oleh OMG Book of Records menerusi acara diadakan secara maya di Facebook, YouTube dan LinkedIn.

Walaupun sebelum ini terdapat kejayaan sama dilakukan oleh kanak-kanak seusianya, namun apa yang lebih mengagumkan ialah dia mampu mengingati matawang digunakan oleh setiap negara.

Kebolehannya menghafal itu dilatih sejak tiga tahun lalu oleh pengasas Brain Rhyme Cognitive Solutions, Sushant Myrorekar.

Pelbagai teknik menghafal yang dilakukan secara kreatif berjaya membantu Sara mengasah kemahiran terbabit.

Selepas beberapa sesi mengikuti kelas itu, mentornya menyedari mengenai potensi kanak-kanak bijak terbabit.

Dia berusaha lebih gigih ketika pelaksanaan perintah berkurung sebelum menyuarakan hasrat untuk mencipta rekod dunia kepada ibu bapanya.

Pada mulanya, dia mengambil masa kira-kira sejam setengah untuk menghafal dan lama-kelamaan dia semakin membiasakan diri serta mampu menghabiskan hafalan dalam tempoh 15 minit saja.

Selain kekuatan memori, Sara juga cemerlang dalam pelbagai bidang termasuk sukan kriket dan pernah bertemu dengan kapten India sebelum ini, MS Dhoni dan kapten pasukan wanita, Mithali Raj.

Dia juga aktif menari dan pernah berkongsi pentas membuat persembahan di Dubai bersama pelakon, Karisma Kapoor.

Pada masa sama, Sara mengendalikan salurannya di YouTube, ‘Shine with Sara’ yang memaparkan beberapa siri bertajuk ‘Incredible India’.

Menerusi saluran itu, dia akan memilih negeri di India dan menceritakan mengenai fakta di lokasi berkenaan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.