
Cuba ingat kembali ketika anak anda teringin untuk membeli permainan konsol Playstation 4 kerana semua rakan-rakan di kelas sering bercakap mengenainya.
Anda terpaksa menolak permintaan itu kerana beranggapan bahawa permainan video terlalu ganas dan tidak sesuai untuk kanak-kanak.
Ingatkah anda ketika membeli buku di sebuah kedai untuk diberikan kepada anak-anak kerana menganggap ia amat bermanfaat untuk mereka namun ia langsung tidak diselak kerana terlalu membosankan.
Adakah anda biasa dengan situasi sebegini?
Keperluan ibu bapa lawan keperluan anak-anak
Sebut mengenai pembelajaran, ibu bapa dan anak-anak mempunyai ‘kriteria’ berbeza untuk dipenuhi.
Bagi ibu bapa, mereka menilai fungsi serta hasil yang diperolehi.
Anda sebenarnya ingin satu alat bantuan mengajar atau platform yang bersifat pendidikan serta membantu anak-anak memahami pelajaran dengan lebih mudah. Anda juga mahu memantau prestasi anak-anak dan membantu mereka meningkatkan tahap akademik mereka.
Bagaimanapun, bagi anak-anak, keseronokan dan tarikan mengatasi fungsi dan hasil yang diperolehi.
Mereka lebih tertarik kepada visual berwarna dan animasi serta video interaktif seolah-olah seseorang berinteraksi dengan mereka berbanding hanya ditenung oleh buku.

Adakah keseronokan dan pembelajaran boleh bersama?
Pasukan di EDUKATE percaya bahawa pendidikan boleh menjadi seronok dan menarik selain kekal efektif untuk pembelajaran.
Lebih penting sekali, program pembelajaran online selepas kelas ini dibangunkan dengan mengambil kira ibu bapa dan anak-anak.
EDUKATE amat memahami minat anak-anak dan menawarkan pelbagai kandungan interaktif, permainan bersifat pendidikan dan e-book secara online.
Bahan pembelajaran ini mudah difahami dan mesra pengguna yang membantu merangsang minat anak-anak sekali gus membantu mereka mengingati maklumat dalam tempoh lebih lama.
Bagi ibu bapa pula, EDUKATE membangunkan kad laporan online yang membantu menentukan kelemahan murid untuk dibaiki serta mengesan perkembangan keseluruhan anak-anak.
Ini akan memberi dua maklumat kepada ibu bapa iaitu pertama, anak-anak mereka menunjukkan perkembangan keseluruhan dalam pembelajaran dan kedua, mereka boleh mengetahui topik mana yang menjadi kelemahan dan perlu dibimbing.

Faedah sebenar diperolehi oleh pengguna sebenar
Platform pembelajaran EDUKATE diterima dengan baik oleh ibu bapa dan anak-anak.
Seorang ibu, Navamani berkata, dia mendapati penilaian secara online amat bermanfaat untuk anak lelakinya, Pugallenti.
“Dia mendapat semua A dan saya merasakan peperiksaan ini membantu saya memahami tahap pembelajarannya. Secara analitiknya, saya juga berpendapat ia mempunyai alat bantuan penilaian yang sangat baik,” katanya.
Sokongan ibu bapa semata-mata mungkin tidak cukup untuk meyakinkan anda supaya mencuba EDUKATE dan maklum balas daripada anak-anak sendiri boleh membantu.
Baru-baru ini, EDUKATE menaja 11 akaun pembelajaran untuk Persatuan Rumah K.I.D.S iaitu menempatkan kanak-kanak mangsa dera, anak yatim serta anak terbiar di Subang dan Klang.
Mereka semua memberi maklum balas positif selepas mencuba platform ini.
Deborah, 10, berkata, dia mendapati platform ini memberi peluang kepadanya memahami pelajaran dengan mudah dengan bantuan pelajaran multimedia.
Respons positif turut dikongsi oleh Harini, 12, yang berkata, dia begitu seronok mengikuti pembelajaran secara online itu.
“Saya boleh belajar lebih banyak mengenai subjek tertentu dan boleh memahami setiap topik dengan mudah.
Manakala Yasmeen dan Miriam yang masing-masing berusia 12 tahun turut menyukai kuiz yang disediakan.
“Menerusi EDUKATE, pembelajaran saya lebih menyeronokkan. Saya suka menjawab kuiz dan mereka memberi peluang kedua jika jawapan diberikan itu salah,” kata Miriam.

Sejak EDUKATE menaja kanak-kanak itu, mereka menghabiskan masa berjam-jam untuk mengikuti kelas pembelajaran di program selepas sekolah itu.
Menurut Pengerusi Persatuan Rumah K.I.D.S, Panir, kanak-kanak di situ suka menggunakan EDUKATE terutama bahagian animasi dan elemen pendidikan yang diterapkan menerusi permainan.
“EDUKATE melakukan tugas terbaik untuk menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan. Kami teruja melihat penguasaan kanak-kanak ini semakin baik dalam subjek Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,” katanya.
Pembelajaran menyeronokkan pada harga berpatutan
Terdapat tiga pakej yang ditawarkan untuk langganan EDUKATE:
- Pakej bulanan: RM38
- Pakej dwi-bulanan: RM80
- Pakej tahunan: RM360
Dengan bayaran mudah itu, anak anda boleh mengakses bahan pelajaran untuk subjek Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dari Tahun 4 hingga 6.
Apa yang diperlukan kemudahan internet, sebuah komputer, komputer riba atau tablet dan anak-anak anda boleh memulakan proses pembelajaran menyeronokkan dengan EDUKATE.
Daftar sekarang dan gunakan kod promo “FMT” untuk mendapatkan potongan 10 peratus dan bantu anak-anak anda memperolehi pengalaman pembelajaran menyeronokkan dengan EDUKATE!