
Masih ingatkah kali terakhir anda menikmati makan malam di restoran bersama keluarga? Berapa ramai ibu bapa yang terpaksa menyerahkan telefon bimbit dan iPad kepada anak untuk menenangkan mereka?
Anda mungkin biasa dengan situasi seperti ini atau pernah mengalami sendiri apabila tidak ada pilihan lain untuk memujuk anak selain menggunakan gajet.
Realitinya, kanak-kanak pada hari ini terdedah dengan penggunaan gajet sejak kecil lagi.
Perkara ini menjadi topik perbualan hangat di kalangan profesional dan ibu bapa mengenai kebaikan dan keburukan mendedahkan anak-anak kepada teknologi di usia muda.
Bagaimana pun, Akademi Pediatrik Amerika (AAP) baru-baru ini mengkaji semula saranannya untuk memasukkan teknologi sebagai komponen bernilai terhadap pembelajaran dan tumbesaran anak-anak.
Ia adalah perubahan besar daripada saranan sebelumnya yang hanya membenarkan kanak-kanak dan remaja menggunakan gajet selama dua jam saja.
Kenyataan daripada AAP dan beberapa organisasi profesional lain itu membuktikan bahawa teknologi adalah sebahagian daripada hidup anak-anak sejak mereka lahir.
Daripada membantah penggunaan gajet itu, kita sebaiknya memanfaatkan teknologi untuk kepentingan anak-anak.

Bagaimana pembelajaran dan bermain boleh saling membantu dalam EDUKATE
EDUKATE, program online selepas sekolah di Malaysia menggabungkan manfaat terbaik boleh diperolehi daripada pembelajaran dan teknologi untuk anak-anak yang bersekolah.
Bagi memenuhi keperluan anak-anak yang sememangnya terdedah kepada teknologi sejak lahir lagi, EDUKATE menggabungkan kedua-dua elemen keseronokan dan pendidikan.
Hasilnya, murid kini boleh belajar menerusi kelas interaktif dan permainan yang memerlukan pembabitan secara aktif di platform online.
Sejak beberapa tahun lalu, EDUKATE memberi fokus dalam usahanya membangunkan kandungan bersifat pendidikan berdasarkan silibus di Malaysia untuk subjek English, Sains dan Matematik untuk Tahun Satu hingga Enam.
Platform itu juga dibangunkan menggunakan teknologi e-pembelajaran bertaraf dunia digunakan lebih 25 juta murid dan pelajar di seluruh dunia, termasuk institusi pendidikan ternama seperti Cambridge, Oxford dan Universiti Brigham Young serta penerbit buku terkemuka, Pearson dan Harper Collins.
Berbanding kaedah lama yang membosankan seperti menjawab kuiz dan membaca buku teks, murid sebaliknya diberikan dengan kandungan bersifat permainan seperti kad imbas memori atau permainan bola sepak yang membolehkan mereka ‘skor’ atau ‘menang’ dengan menjawab soalan dengan betul.
Namun, dengan EDUKATE, ia bukan hanya bermain semata-mata kerana sebagai program selepas sekolah digital ia didatangkan bersama kad laporan bulanan digital.
Kad laporan bulanan digital ini disertakan bersama penilaian penuh merangkumi enam bahagian iaitu Pengetahuan, Pemahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian sekali gus memudahkan ibu bapa mengikuti perkembangan pembelajaran anak mereka.

Kebaikan kelas interaktif
Mengapa kita perlu menggalakkan pembelajaran interaktif secara online kepada anak-anak? Terdapat banyak manfaatnya dalam menyebarkan pengetahuan pendidikan seperti:
- Merangsang aktiviti otak dengan kandungan menarik – Kandungan bersifat permainan dan video boleh merangsang pelbagai deria dan menggalakan motivasi di kalangan anak-anak. Ini membantu mengaktifkan beberapa bahagian sistem neurologi mereka (melihat, melakukan, mendengar), yang membantu mereka dalam pemahaman dan mengingati maklumat.
- Pembelajaran lebih baik dengan pembelajaran fleksibel – Murid boleh memilih untuk belajar pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. Kandungan itu juga dipecahkan kepada beberapa topik yang memanfaatkan keupayaan mereka memberi fokus dan memaksimakan pembelajaran mengikut topik.
- Meningkatkan pemikiran strategik dan penyelesaian masalah– Kelas interaktif dan kandungan bersifat permainan memerlukan murid menjawab soalan serta merta ketika mereka belajar. Ini akan menggalakkan mereka berfikir dengan cepat dan membuat keputusan bijak ketika awal usia.
- Mempromosikan kemahiran menggunakan komputer sejak usia muda – Bagi anak-anak, komputer, tablet dan telefon pintar diumpamakan seperti telefon biasa kepada kita. Daripada menghalang, lebih baik teknologi ini dimanfaatkan untuk pendidikan supaya mereka dibiasakan sejak awal untuk tujuan yang betul.
- Jimat masa dan wang – Menerusi pembelajaran interaktif, murid boleh belajar secara online mengikut keselesaan di rumah. Zaman ke kelas tuisyen bukan lagi pilihan pada masa kini. Apa yang diperlukan hanyalah kemudahan internet, sebuah komputer, komputer riba atau tablet.
Mencari keseimbangan antara aktiviti online dan luar
Tidak boleh dinafikan, terdapat banyak kelebihan mengenai pembelajaran interaktif secara online.
Bagaimana pun, kita tidak boleh mengabaikan untuk mencari keseimbangan antara aktiviti di hadapan skrin dengan aktiviti lain yang menyeluruh untuk tumbesaran dan kehidupan lebih sihat kepada anak-anak.
Ini adalah beberapa tips:
- Galakkan mereka supaya kerap menyertai aktiviti sukan
- Beri motivasi kepada mereka untuk bergaul dengan rakan
- Amalkan polisi tanpa gajet yang ketat ketika waktu makan dan luangkan masa bersama keluarga
- Simpan alat peranti dari bilik mereka terutama ketika waktu tidur
Tawaran terhad EDUKATE
Bergantung kepada teknologi bukanlah satu kelemahan. Kita harus akui bahawa sekiranya teknologi ini digunakan dengan betul untuk tujuan pendidikan, anak-anak akan mendapat manfaat besar.
Daftarkan anak anda dengan EDUKATE hari ini dan nikmati diskaun 10 peratus dengan kod promo “FMT”.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]