
Pun begitu, walau berdepan pelbagai kesulitan masih banyak restoran yang terus teguh bersama membantu mereka yang memerlukan.
Di antaranya ialah Tetangga Kita, sebuah restoran Indonesia yang khusus dalam penyediaan martabak.
Pada Dis 2020, restoran ini telah melancarkan rangkaian kotak martabak edisi terhad yang tertera kata-kata: ‘Makasih Ya Frontliners’.
Ini adalah sebahagian daripada kempen selama tiga bulan, yang bermula dari Dis 2020 dan akan berakhir pada Feb 2021.

Sepanjang kempen ini, pelanggan yang memesan martabak dari Tetangga Kita akan menerima pakej edisi terhad terbaharu yang tertera kata-kata, “Untuk semua barisan hadapan, Makasih Ya”.
Sebahagian daripada hasil kutipan selama tiga bulan ini akan disalurkan kepada The Hope Branch, sebuah badan NGO di Malaysia.
Diasaskan oleh personaliti hiburan Malaysia, Harith Iskander dan isterinya, Dr Jezamine Lim, The Hope Branch mengumpulkan dana untuk golongan kurang berkemampuan yang bergelut dengan kehidupan akibat penularan wabak ini.
Badan ini menyediakan bantuan makanan dan barangan keperluan untuk keluarga yang dalam kesusahan, ibu bapa tunggal, orang kelainan upaya (OKU) dan mereka yang hidup di bawah garis kemiskinan.

Bercakap kepada FMT, pengasasnya, Rizky Sati dan Amirah Che Azizuddin berkata ia hanyalah satu langkah kecil dalam usaha memberi semula kepada masyarakat pada waktu sukar ini.
“Kami ingin membantu di kawasan yang terkesan, khususnya yang berkaitan dengan Covid-19, dan kami percaya dengan memberi sumbangan, ini akan memberi manfaat kepada mereka yang sedang dalam kesusahan,” kata Rizky.
Oleh itu, kerjasama yang terjalin bersama The Hope Branch adalah cara Tetangga Kita menyalurkan sumbangan kepada mereka sangat memerlukan.
Ketika semua ini berlaku, Tetangga Kita yang bermaksud ‘Jiran Kita’ dalam bahasa Melayu secara kebetulan membawa nilai-nilai yang mendorong pengusaha restoran ini untuk terbabit dengan kerja amal.
“Kami sentiasa terdorong untuk membina jenama yang menyatukan masyarakat seperti yang terlihat pada nama itu sendiri.
“Kami juga ingin terus berhubung dengan semua lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan dan melakukan apa sahaja yang termampu,” kata Rizky.

Tambahnya, memberi semula kepada masyarakat adalah cara Tetangga Kita menghargai semua pelanggan setianya yang sekian lama menjadi tulang belakang kepada kejayaan restoran itu selama ini.
Menurut Rizky, dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), makan di restoran tidak lagi dibenarkan.
Namun begitu, Tetangga Kita masih boleh menghantar martabaknya yang enak, dengan bantuan perkhidmatan penghantaran makanan.
“Tidak dinafikan, sedikit sebanyak kami turut berdepan kesukaran, tetapi kami sangat berterima kasih kepada semua penyokong kami yang secara konsisten menunjukkan kesetiaan mereka kepada kami melalui pesanan mereka,” kata Rizky.
“Kami juga sangat berterima kasih kepada pekerja, rakan dan semua penghantar makanan, yang melakukan yang terbaik untuk memastikan martabak kami sampai kepada pelanggan,” ujarnya.

Tetapi apa sebenarnya yang menjadikan martabak Tetangga Kita cukup menonjol berbanding hidangan sama yang sering kita temui di kedai mamak?
Rupanya, martabak Indonesia bukan saja mempunyai pilihan rasa yang enak, bagi mereka yang mahukan sesuatu yang berlainan, martabak manis sesuatu yang patut dicuba.
“Martabak manis ini pula boleh juga dihidang nipis dan rangup atau tebal dengan lapisan yang lebih enak.
Di samping itu, selain menghidangkan martabak dengan inti biasa seperti ayam dan daging lembu, Tetangga Kita turut menawarkan pilihan yang lebih unik seperti Samyang, Dendeng dan Tuna.
Jadi, apa yang boleh anda lakukan sekiranya anda ingin menyokong kempen tersebut dan menyumbang kepada kegiatan amal ini?
Mudah saja. Pesan martabak sedap dari Tetangga Kita dan nikmati sendiri keunikannya.
Seperti kata Rizky, “Nikmati martabak enak Tetangga Kita sambil menjadi sebahagian daripada kegiatan amal kami!”
Jangan lupa saksikan sendiri hidangan enak Tetangga Kita di tetanggakita.oddle.me dan buat pesanan anda sekarang! Rasai nikmatnya sambil menderma!
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]