
Padangkita.com memetik kisah itu dari satu akaun TikTok, dikongsikan Isnin lalu, mengenai lelaki terbabit digelar ‘bos besar’ yang memberitahu isterinya dia mahu ke Pontianak Sabtu lalu atas urusan kerja, malah memberitahu pesawat Sriwijaya Air 182 sebagai penerbangan yang akan dinaiki.
Namun, sebenarnya dia terbang ke Bali bersama kekasih untuk meraikan ulang tahunnya.
Lebih malang lagi, pesawat Sriwijaya Air itu terhempas dalam nahas yang membunuh kesemua 62 penumpang dan anak kapalnya.
Apabila berita nahas itu terbongkar, lelaki itu kebingungan kerana tidak berani pulang ke rumah apatah lagi isterinya sudah mengadakan majlis tahlil untuknya.
Sumsel.tribunnews turut memaparkan sembang menerusi WhatsApp antara lelaki itu dengan rakan yang memaklumkan wartawan juga berada di rumahnya kerana menyangka dia adalah salah seorang mangsa nahas.
Namun, rakan yang dijadikan tempat mengadu itu pula sempat ‘memberi ceramah’ malah diakhiri dengan peribahasa ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.’
Ini bukan kali pertama kejadian seperti itu berlaku, malah selepas serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001, seorang lelaki yang bekerja di bangunan itu diceraikan isteri selepas terbongkar dia sebenarnya berada di rumah teman wanitanya pada waktu kejadian.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]