Bahaya karang gigi pada kesihatan

Bahaya karang gigi pada kesihatan

Karang gigi jika dibiarkan terus terkumpul boleh membahayakan kesihatan mulut malah lebih teruk, jantung dan paru-paru.

Karang gigi perlu dibersihkan setiap 6 bulan untuk mendapat gigi sihat dan cantik. (Gambar Rawpixel)

Pernah dengan tentang karang gigi? Karang gigi adalah plak yang mengeras yang biasanya terbentuk di bahagian luar gigi dan sepanjang garisan gusi.

Plak lebih mudah dibersihkan berbanding karang gigi. Ia boleh dibersihkan di rumah tetapi karang gigi perlu dibersihkan dengan bantuan doktor gigi melalui prosedur “scalling”.

Secara ideal, karang gigi perlu dibersihkan setiap 6 bulan sekali. Namun, ramai yang tidak mengambil endah mengenainya.

Karang gigi jika dibiarkan terus terkumpul boleh membahayakan kesihatan mulut malah lebih teruk, jantung dan paru-paru.

Berikut adalah antara bahaya yang timbul jika dibiarkan karang gigi terus terkumpul.

1. Menyebabkan radang gusi

Iritasi dan peradangan yang dihasilkan oleh karang gigi boleh menyebabkan penyakit gusi. Penyakit gusi awal yang boleh disembuhkan dikenali sebagai radang gusi atau “gingivitis”.

Simptom radang gusi adalah:

  • Gusi berwarna merah tua
  • Gusi bengkak
  • Gusi berdarah apabila menggosak gigi
  • Timbul rasa ngeri

2. Penyakit periodontitis

Jika karang dibiarkan terus terkumpul pada gigi, padahal penyakit radang gusi sudah terjadi, anda boleh mengalami penyakit periodontitis (penyakit gusi dan tulang yang menyokong gigi dalam rongga masing-masing) yang sukar untuk disembuhkan.

Selain gusi bengkak dan berdarah, berikut adalah tanda-tanda lain penyakit periodontitis:

  • Sakit apabila menggunyah
  • Gigi tercabut
  • Terjadi nanah di antara gusi dan gigi

3. Penyebab penyakit jantung dan paru-Paru

Karang gigi yang dibiarkan terus terkumpul juga boleh menjadi punca terjadinya penyakit jantung dan paru-paru. Ianya terjadi kerana bakteria yang berkembang pada karang atau gusi yang mengalami peradangan.

Bakteria penyebab periodontitis misalnya, ia boleh memasuki ke aliran darah dan akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan paru-paru.

4. Menyebabkan gigi berlubang dan rosak

Karang gigi akan menyukarkan kita menggosok atau membersihkan gigi dengan benang (floss). Kondisi ini akan menyebabkan gigi berlubang dan menimbulkan kerosakan gigi. Karang gigi juga boleh menjadikan gigi goyang dan tercabut dengan sendiri.

Oleh itu, jika terus dibiarkan, plak boleh menjadikan tulang penyokong gigi akan terkikis dan menyebabkan gigi goyang.

5. Mulut berbau

Karang yang semakin banyak terkumpul akan menjadi tempat pertumbuhan bakteria. Ia sekaligus menjadikan mulut berbau.

Oleh itu, jangan memandang remeh pada karang gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk membuat pemeriksaan berkala dan buang karang yang melekat pada gigi anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.