Sedap untuk masakan, labu turut kaya dengan pelbagai khasiat

Sedap untuk masakan, labu turut kaya dengan pelbagai khasiat

Labu kuning bukan hanya sedap dibuat masakan tetapi ianya kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan seperti vitamin A, C dan E juga mineral penting.

Labu mempunyai vitamin A, C dan E juga mineral yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh untuk melawan radikal bebas.

Labu kuning memiliki pelbagai manfaat untuk kesihatan. Seratnya yang tinggi mampu menjaga pencernaan dan menjauhkan dari sembelit dan masalah usus. Serat juga sangat baik untuk mengawal kolesterol dalam diet.

Labu juga kaya dengan vitamin A, C dan E juga mineral yang berfungsi untuk membantu meningkatkan kekebalan tubuh untuk melawan radikal bebas. Selain itu ia mengandungi beta karoten yang baik untuk kesihatan jantung dan paru-paru.

Biji labu juga mengandungi alkaloid yang sangat berguna untuk mencegah serangan sel kanser. Labu juga tidak menaikkan zat gula dalam darah dan sangat baik untuk mencegah diabetes.

Setelah mengetahui khasiat labu, apa kata kita ikuti resepi mudah berikut dan rasailah keenakan masakan dari buah labu.

Masak Lemak Labu

Bahan-Bahan:

  • 500g labu kuning, dipotong dadu
  • 200g santan
  • 1 cawan air
  • 1 bawang besar, dihiris
  • 2 biji cili merah, dihiris
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Daun kunyit, dicarik
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai – dititik
  • 1 sudu kecil lada hitam

Cara-Cara:

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit dalam periuk.
  2. Rebus labu sehingga empuk.
  3. Apabila labu empuk, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan lada hitam.
  4. Masak sehingga mendidih. Padamkan api dan hidang.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

Butterkicap adalah platfom dan komuniti yang menceritakan tentang makanan dan kebudayaan di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.