Selepas beg Birkin Hermes, Bijan, kini kapal layar mewah ‘Equanimity’

Selepas beg Birkin Hermes, Bijan, kini kapal layar mewah ‘Equanimity’

Kapal layar mewah, Equanimity dibuat di Belanda oleh syarikat Oceanco yang menggunakan pereka kapal layar terulung dari seluruh dunia.

Selepas beg tangan jenama Birkin Hermes dan Bijan, hari ini satu lagi nama menjadi sensasi di laman sosial dan media massa.

“Equanimity” adalah nama yang dimaksudkan itu.

Nampaknya ramai yang sudah menunjukkan minat terhadap nama kapal layar mewah dipercayai milik Jho Taek Low atau Jho Low yang dijangka dibawa dan ditempatkan di Port Klang tengah hari ini.

Kalau nak tahu pasal kapal layar bernilai AS$250 juta atau RM1.021 bilion ini, ia bukanlah kapal layar calang-calang, sebaliknya direka secara khusus dengan perincian mewah dan lebih dari itu, ia milik (seorang) rakyat Malaysia.

Di bawah sedikit maklumat mengenai “jelitawan” bernama Equanimity!

  • Kapal layar mewah itu berukuran 91.5 meter panjang.
  • Ia dibina di Alblasserdam, Belanda (Netherland) oleh Oceanco, siap sepenuhnya pada 2014.
  • Oceanco ialah sebuah syarikat pembina kapal layar yang diasaskan pada 1987 oleh sekumpulan pelabur dari Afrika Selatan bersama CEO Richard Hein di Durban, Afrika Selatan.
  • Penyempurnaan serta kerja akhir kapal layar ini dilakukan di Belanda.
  • Syarikat kapal layar mewah Oceanco menggunakan kepakaran dari Belanda dengan kerjasama pereka kapal layar terulung dari seluruh dunia.
  • Bagi Equanimity, Oceanco bertanggungjawab ke atas rekaan luaran manakala Winch Design pula melakukan kerja rekaan dalaman.
  • Kadar kelajuan Equanimity mencapai 19.5 kilo nautika dan kuasanya disumbangkan oleh 2 enjin diesel, 4828.0hp MTU 20V4000M73.
  • Kapal layar mewah ini boleh memuatkan sehingga 26 orang bersama 28 krew.
  • Equanimity mempunyai jacuzzi di atas dek, sauna, pad pendaratan helikopter, kolam renang, kelab pantai, salun kecantikan, penstabil kelajuan sifar, gim, spa, elevator, panggung wayang, garaj, platform renang, penghawa dingin, bilik pemanas, mandian turkish, bilik rias, lampu bawah air dan bilik persendirian.
  • Selepas dimiliki dan ketika berada di atas air, Equanimity dikatakan berlayar menggunakan bendera Kepulauan Cayman (Cayman Islands).
  • Equanimity dipercayai milik Jho Low didaftarkan di bawah Equanimity Cayman Ltd.
  • Ketika Equanimity ditemui di kepulauan pelancongan Indonesia, Bali pada Februari lepas, ia memuatkan 34 orang warga asing yang mengakui diri mereka sebagai krew kapal.
  • Akhir sekali, Equanimity bermaksud “ketenangan”.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.