
Setiap bahasa mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri. Sebagai pengguna bahasa, kita perlu mengetahui dan mahir dengan sistem tulisan dalam sesuatu bahasa.
Samalah juga dengan bahasa Melayu. Bahasa Melayu turut mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri. Bagaimanapun, dalam beberapa perkataan tertentu, terdapat penutur bahasa Melayu tidak mengetahui dan tidak mahir dengan sistem tulisan perkataan tersebut.
Ini adalah sesuatu yang malang sebenarnya. Kesalahan dalam menulis perkataan bukan sahaja boleh merosakkan bahasa, malah cara menulis perkataan tersebut dengan betul tidak akan dapat diketahui sampai bila-bila terutama kepada pelajar sekolah.
Menyedari masalah ini, kami ingin kongsikan kepada anda senarai perkataan yang sering kali ditulis dengan cara yang salah. Perkatan-perkataan tersebut ialah :
- samada (salah) sama ada (betul)
- ke32 (salah) ke-32 (betul)
- mengkhaskan (salah) mengekhaskan (betul)
- memperlebarkan (salah) memperlebar (betul)
- antara langkah-langkah (salah) antara langkah (betul)
- sayangkan (salah) sayang akan (betul)
- ialah seperti (salah) adalah seperti (betul)
- porak peranda (salah) porak peranda (betul)
- kedua ibu bapa (salah) kedua-dua ibu bapa (betul)
- dari pihak (salah) daripada pihak (betul)
- saling kasih mengasihi (salah) saling mengasihi (betul)
- siaraya (salah) siar raya (betul)
- lain-lain hal (salah) hal-hal lain (betul)
- fadhilat (salah) fadilat (betul)
- ialah untuk (salah) adalah untuk (betul)
- bencikan (salah) benci akan (betul)
- persisiran (salah) pesisiran (betul)
- menakrifkan (salah) mentakrifkan (betul)
- mempastikan (salah) memastikan (betul)
- perlesenan (salah) pelesenan (betul)
- pengemblengan (salah) penggemblengan (betul)
- memperhalusi (salah) menghalusi (betul)
- pengkebumian (salah) pengebumian (betul)
- mengsabotaj (salah) mensabotaj (betul)
Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memahami sistem tulisan dalam bahasa Melayu. Jika mempunyai sebarang kemusykilan, anda boleh terus menghubungi Dewan Bahasa dan Pustaka. Diharapkan selepas ini anda tidak menulis dengan cara yang salah lagi.
Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Nurhaziq dari sayapejuangbahasa.blogspot.com