6 maut dirempuh teksi ketika sambutan Wesak di Sri Lanka

6 maut dirempuh teksi ketika sambutan Wesak di Sri Lanka

Tujuh lagi cedera selepas sebuah teksi merempuh orang ramai yang berkumpul untuk acara Wesak pada malam Ahad.

police line
Polis berkata siasatan awal mendapati pemandu teksi itu di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. (Gambar Freepik)
COLOMBO:
Enam orang, termasuk seorang remaja perempuan berusia 15 tahun terbunuh, manakala tujuh lagi cedera apabila sebuah teksi merempuh orang ramai yang berkumpul untuk acara Wesak pada malam Ahad di wilayah barat Sri Lanka, kata polis, lapor Xinhua.

Polis berkata, kemalangan itu berlaku di High Level Road di Meegoda, ketika teksi itu dalam perjalanan dari Avissawella ke Colombo.

Menurutnya, kenderaan itu membelok ke arah sekumpulan penganut sedang beratur di dansala, gerai makanan percuma yang dibuka semasa Wesak.

Seramai 13 orang dibawa ke Hospital Homagama susulan kemalangan itu. Tiga lelaki dan tiga wanita berusia 15 hingga 56 tahun maut sebelum menerima rawatan.

Pemandu teksi berusia 42 tahun yang juga penduduk Piliyandala ditahan, selepas dia didakwa cuba melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurut polis, siasatan awal mendapati pemandu itu di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.