Iran tuntut pampasan kerugian akibat serangan AS-Israel

Iran tuntut pampasan kerugian akibat serangan AS-Israel

Jurucakap kerajaan Iran Fatemeh Mohajerani berkata pampasan merupakan antara tuntutan yang akan dibincangkan dalam sebarang rundingan.

tehran iran
Iran tidak memulakan peperangan itu yang menyebabkannya ‘kerugian besar’, termasuk dari segi korban jiwa serta kerosakan rumah dan infrastruktur awam, tegas jurucakap kerajaan Fatemeh Mohajerani. (Gambar AFP)
TEHRAN:
Iran menuntut pampasan bagi kerugian yang dialaminya susulan serangan berterusan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, menurut jurucakap kerajaan Iran Fatemeh Mohajerani, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

Dalam wawancara dengan Al Jazeera, Mohajerani berkata Iran tidak memulakan peperangan itu, yang menyebabkan negara berkenaan menanggung ‘kerugian besar’, termasuk dari segi korban jiwa serta kerosakan terhadap kediaman dan infrastruktur awam.

Beliau turut berkata pampasan merupakan antara tuntutan yang akan dibincangkan dalam sebarang rundingan, sambil menambah bahawa kawalan ke atas Selat Hormuz serta penarikan sekatan turut menjadi perkara utama lain yang perlu diambil kira.

“Kami bersedia untuk bergerak ke arah keamanan yang mampan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.