17 maut kilang meletup di India

17 maut kilang meletup di India

Sejumlah 18 lagi cedera dengan ramai daripadanya kritikal.

Seramai 17 maut apabila kilang menghasilkan bahan letupan industri meletup di Maharashtra, barat India. (Gambar Bernama)
NEW DELHI:
Seramai 17 maut manakala 18 lagi cedera dalam letupan di sebuah kilang menghasilkan bahan letupan industri di Maharashtra, barat India.

Ramai daripada mangsa yang cedera dilaporkan kritikal, menurut media tempatan.

Lokasi letupan itu ialah kilang SBL Energy Limited yang terletak di kampung Raulgaon, 45km dari Nagpur.

Perdana Menteri Narendra Modi mengumumkan bayaran ex gratia 200,000 rupee (RM8,552) kepada waris terdekat setiap mangsa yang terkorban daripada Tabung Bantuan Nasional Perdana Menteri (PMNRF).

Letupan di Maharashtra itu berlaku selepas 21 maut dalam satu letupan di sebuah kilang mercun di kampung Vetlapalem, daerah Kakinada, Andhra Pradesh, pada Sabtu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.