
“Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiamen pada 2 Feb mengumumkan keputusan dalam kes rasuah terhadap Tang Yijun, bekas pengerusi Jawatankuasa Wilayah Jiangxi bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, dengan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana rasuah dan melucutkan hak politiknya,” menurut mahkamah dalam kenyataan.
Mahkamah turut memutuskan semua harta peribadi Tang dirampas.
Tang didapati menyalahgunakan jawatannya untuk kepentingan pihak ketiga dan organisasi semasa berkhidmat sebagai gabenor wilayah Liaoning serta menteri keadilan antara 2006 hingga 2022.
Menurut mahkamah, beliau membantu dalam penyenaraian saham syarikat, pengambilan tanah dan pinjaman bank sebagai balasan untuk rasuah.