
Pecahan jantina menunjukkan populasi lelaki pada 2025 seramai 716.85 juta, manakala populasi wanita berjumlah 688.04 juta.
Menurut biro berkenaan, kadar kelahiran tahun lalu ialah 5.63 bagi setiap 1,000 penduduk, manakala kadar kematian 8.04 bagi setiap 1,000 penduduk.
Dari segi komposisi umur, penduduk berusia 16 hingga 59 tahun berjumlah 851.36 juta, merangkumi 60.6% daripada jumlah populasi negara.
Penduduk berusia 60 tahun dan ke atas pula mencecah 323.38 juta atau kira-kira 23%, manakala penduduk berusia 65 tahun dan ke atas pula mencatatkan 223.65 juta atau kira-kira 15.9%.
Menurut biro itu, populasi bandar pada 2025 diunjur mencecah 953.8 juta, meningkat 10.3 juta berbanding tahun sebelumnya, mewakili 67.8% daripada jumlah penduduk, manakala populasi luar bandar berkurangan sebanyak 13.69 juta.