
MOSCOW: Perkhidmatan internet satelit Starlink milik SpaceX dimiliki usahawan Amerika Syarikat (AS) Elon Musk memaklumkan akan menyediakan akses internet percuma dan tanpa gangguan kepada rakyat Venezuela hingga 3 Feb, susulan operasi keselamatan di Caracas, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Starlink menyediakan perkhidmatan jalur lebar percuma kepada rakyat Venezuela hingga 3 Feb bagi memastikan ketersambungan berterusan,” menurut kenyataan dimuat naik di platform X.
Starlink merupakan rangkaian satelit generasi akan datang yang dilancarkan SpaceX pada Februari 2018 dan direka menyediakan akses internet jalur lebar di seluruh dunia.