47 maut banjir, tanah runtuh di Sri Lanka

47 maut banjir, tanah runtuh di Sri Lanka

Seramai 21 mangsa dilaporkan hilang akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda Sri Lanka kira-kira 10 hari ini.

Heavy rainfall floods the suburb of Colombo
Pusat Pengurusan Bencana memaklumkan lebih 5,893 penduduk di 17 daerah terjejas teruk akibat cuaca buruk yang melanda seluruh Sri Lanka. (Gambar EPA Images)
ANKARA:
Sekurang-kurangnya 47 maut, manakala 21 lagi dilaporkan hilang akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda Sri Lanka kira-kira 10 hari ini, lapor Anadolu Ajansi memetik media tempatan pada Khamis.

Operasi menyelamat diteruskan di kawasan paling terjejas ketika negara itu masih berdepan cuaca buruk termasuk hujan lebat, paras air banjir meningkat dan tanah runtuh sejak 17 Nov lalu, sekali gus menjejaskan penduduk di banyak daerah, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Daily Mirror.

Sebanyak 37 kematian dilaporkan dalam tempoh dua hari lalu di negara Asia Selatan itu.

Menurut Pusat Pengurusan Bencana, lebih 5,893 penduduk di 17 daerah terjejas teruk akibat cuaca buruk, manakala 10 individu cedera dalam tempoh itu.

Daerah Batticaloa mencatatkan lebih 300mm (11.8 inci) hujan dalam satu tempoh, jumlah amat tinggi.

Sistem tekanan rendah kekal di negara itu menyebabkan angin kencang dan gelombang hujan lebat berulang.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran tanah runtuh tahap merah di lapan daerah berisiko tinggi, selain menggesa penduduk di daerah terbabit berjaga-jaga, mengelakkan perjalanan tidak perlu dan bersedia untuk pemindahan segera.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.