Mamdani, Trump pamer kesepakatan luar jangka di Rumah Putih

Mamdani, Trump pamer kesepakatan luar jangka di Rumah Putih

Bakal datuk bandar New York berkata perbualan bersama presiden AS banyak menyentuh mengenai beban kewangan kehidupan harian di New York.

Zohran Mamdani
Presiden AS Donald Trump dalam pertemuan di Rumah Putih menyebut kemenangan Zohran Mamdani dalam pilihan raya datuk bandar New York sebagai ‘menakjubkan’. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan bakal Datuk Bandar New York Zohran Mamdani menunjukkan nada positif di luar jangka, selepas pertemuan mereka di Rumah Putih pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman, dpa.

“Saya gembira dengan pertemuan ini, kami mengadakan pertemuan yang sangat baik,” kata Trump selepas pertemuannya dengan Mamdani.

Trump memuji kempen pilihan raya Mamdani, dengan berkata beliau ‘muncul entah dari mana’ untuk mengalahkan calon-calon lain. “Ia sesuatu yang menakjubkan yang telah beliau lakukan,” kata Trump.

Mamdani menjelaskan bahawa perbualan secara tertutup itu banyak menyentuh mengenai beban kewangan kehidupan harian di New York.

“Apa yang saya hargai tentang presiden ialah pertemuan kami memberi tumpuan bukan kepada isu yang menjadi percanggahan pendapat – yang jumlahnya memang banyak – tetapi kepada matlamat bersama dalam berkhidmat kepada warga New York,” kata Mamdani.

Berikutan pemilihan Mamdani, Trump mengancam menahan dana persekutuan kepada bandar raya New York.

Mamdani turut mengkritik keras presiden AS itu sepanjang kempen pilihan raya dan pada malam kemenangannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.