AS umum sekatan baharu ke atas rangkaian minyak Iran

AS umum sekatan baharu ke atas rangkaian minyak Iran

Washington umum sekatan baharu menyasarkan rangkaian perkapalan dan penerbangan didakwa terbabit perdagangan petroleum haram Iran.

Neka terminal i
Terminal minyak Neka di wilayah Mazandaran, utara Iran. Jabatan Negara dan Jabatan Perbendaharaan AS melaksanakan sekatan ke atas 58 entiti, individu, kapal dan pesawat atas dakwaan terbabit perdagangan petroleum haram Iran. (Gambar EPA Images)
WASHINGTON:
Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan sekatan baharu menyasarkan rangkaian perkapalan dan penerbangan didakwa terbabit perdagangan petroleum haram Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Jabatan Negara AS.

Tindakan bersepadu Jabatan Negara dan Jabatan Perbendaharaan itu bertujuan memutuskan aliran pendapatan didakwa Washington digunakan untuk membiayai aktiviti “memudaratkan” kerajaan Iran, termasuk sokongan kepada proksi serantau serta pemerolehan sistem senjata didakwa mengancam pasukan dan sekutunya.

Jabatan Negara berkata, ia menyenarai hitam 17 entiti, individu dan kapal di beberapa negara, termasuk India, Panama dan Seychelles kerana didakwa memudah cara penjualan petroleum serta produk petroleum Iran.

Jabatan Perbendaharaan pula mengenakan sekatan ke atas 41 lagi entiti, individu, kapal dan pesawat, sekali gus memperhebatkan usaha yang digambarkan sebagai eksport petroleum dan petrokimia haram Iran serta rangkaian kewangan didakwa menyokongnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.