13 maut bas terjunam ke sungai di Kemboja

13 maut bas terjunam ke sungai di Kemboja

Kejadian di wilayah Kampong Thom itu turut menyebabkan 24 lagi cedera.

mayat
Seramai 13 orang maut manakala 24 lagi cedera selepas sebuah bas terjunam ke dalam sungai di Kemboja, lapor Xinhua. (Gambar Pixabay)
PHNOM PENH:
Seramai 13 orang maut dan 24 yang lain cedera selepas sebuah bas merempuh penghadang jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai di wilayah Kampong Thom, tengah Kemboja pada awal pagi Khamis, menurut seorang pegawai polis tempatan, lapor Xinhua.

Timbalan Ketua Polis Santuk, Siv Sovanna, berkata kemalangan maut itu berlaku di sebatang jalan di daerah berkenaan kira-kira 3 pagi waktu tempatan.

“Seramai 13 orang, termasuk lapan wanita disahkan maut manakala 24 yang lain cedera,” katanya ketika dihubungi Xinhua. “Pemanduan dalam keadaan mengantuk dipercayai menjadi punca kemalangan.”

Beliau berkata mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital sejurus selepas kejadian, sambil menambah bahawa semua mangsa adalah rakyat Kemboja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.