
Enam mangsa, termasuk masing-masing seorang doktor dan jururawat meninggal dunia disyaki akibat wabak itu di bandar Jinka, Zon Omo Selatan, lapor portal berita tempatan, Addis Insight pada Khamis.
Selamu Tadesse, pengarah perubatan Hospital Besar Jinka berkata, dua pekerja kesihatan yang meninggal dunia itu merawat pesakit dengan simptom sama, mengaitkan risiko penularan melalui sentuhan rapat dengan pesakit.
Pasukan 11 pakar WHO akan membantu memperkukuh pengawasan, ujian makmal, kawalan jangkitan dan rawatan klinikal sebagai tindak balas terhadap wabak disyaki itu, menurut kenyataan WHO pada Khamis.
Katanya, pihak berkuasa kesihatan Ethiopia sedang menyiasat dan meningkatkan responsnya selepas kes disyaki di wilayah selatan Ethiopia dengan ujian makmal sedang dijalankan Institut Kesihatan Awam Ethiopia bagi menentukan puncanya.
WHO menyediakan bekalan penting, termasuk peralatan perlindungan diri, bahan pencegahan jangkitan, khemah pengasingan dan sokongan teknikal tambahan, selain menyalurkan USD300,000 daripada Dana Kontingensi untuk Kecemasan bagi membantu negara Afrika Timur itu.