
Sebanyak 26% organisasi mega dalam sektor swasta dan 20% majikan dalam sektor awam menjangkakan pengurangan tenaga kerja dalam tempoh 12 bulan mendatang, menurut laporan itu.
Kajian itu turut mendapati 37% pengurus sektor kewangan menjangkakan pengurangan kakitangan melalui AI, diikuti 26% dalam sektor teknologi maklumat (IT), serta 24% dalam sektor perundangan dan perundingan.
Sebelum ini, kajian bank British Lloyds menunjukkan lebih separuh rakyat Britain menggunakan AI untuk menguruskan kewangan mereka.
Lebih satu pertiga pengguna menggunakan AI bagi mendapatkan cadangan pelaburan, suku daripadanya untuk pengurusan hutang, manakala 39% bergantung kepada AI untuk perancangan kewangan jangka panjang termasuk mendapatkan maklumat mengenai pencen.