
“Semua 20 tawanan dibebaskan dan berada dalam keadaan baik.
“Satu bebanan besar telah diangkat, namun tugas belum selesai. Mayat mereka yang terbunuh belum dipulangkan seperti dijanjikan! Fasa Kedua bermula sekarang!!!” tulisnya di platform Truth Social.
Hamas dan Israel melaksanakan pertukaran tawanan serta tahanan yang menyaksikan ratusan tahanan Palestin dibebaskan dari penjara tentera Ofer serta kemudahan penjara lain di Gurun Negev. Semua 20 tawanan Israel yang masih hidup turut dibebaskan.
Trump dan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi turut mengadakan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Isnin di Sharm el-Sheikh, Mesir, yang menghimpunkan pemimpin dunia bagi meraih sokongan antarabangsa terhadap pelan gencatan senjata Gaza diusulkan Trump.
Fasa kedua perjanjian diketuai AS itu menyeru penubuhan mekanisme pentadbiran baharu di Gaza, pembentukan pasukan multinasional dan pelucutan senjata Hamas.
Serangan Israel membunuh lebih 67,000 rakyat Palestin di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak sejak Oktober 2023, menjadikan wilayah itu sebahagian besarnya tidak boleh didiami.