USD70 bilion bina semula Gaza, kata wakil PBB

USD70 bilion bina semula Gaza, kata wakil PBB

Pembinaan semula Gaza diunjur ambil masa berdekad lamanya.

Sekurang-kurangnya 50 juta tan runtuhan perlu dibersihkan di Gaza, dan mayat rakyat Palestin yang terkorban mungkin ditemukan di bawah runtuhan. (Gambar AP)
GENEVA:
Pembinaan semula Semenanjung Gaza memerlukan pembiayaan USD70 bilion, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Wakil Khas Program Bantuan kepada Rakyat Palestin di bawah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Jaco Cilliers.

UNDP tidak dapat memberikan anggaran tempoh masa bagi kerja-kerja pembinaan semula itu kerana ia bergantung kepada jumlah pembiayaan yang diterima, namun Cilliers berkata proses tersebut boleh mengambil masa ‘berdekad-dekad’.

Menurut anggaran UNDP, sekurang-kurangnya 50 juta tan runtuhan perlu dibersihkan di Gaza, dan mayat rakyat Palestin yang terkorban mungkin ditemukan di bawah runtuhan, tambahnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.