4 maut tembakan di restoran sesak di AS

4 maut tembakan di restoran sesak di AS

Empat lagi mangsa parah dan sekurang-kurangnya 20 yang lain cedera.

Polis berkata seorang penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan sejurus tengah malam ketika ratusan orang berada dalam restoran itu. (Gambar AP)
NEW YORK:
Sekurang-kurangnya empat maut dalam tembakan di sebuah restoran di Pulau St Helena, Carolina Selatan di Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa.

Menurut polis, seorang penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan sejurus tengah malam.

Ketika kejadian, ratusan orang berada dalam restoran itu.

Empat lagi mangsa dimasukkan ke hospital akibat cedera parah dan sekurang-kurangnya 20 lagi cedera, menurut kenyataan polis.

Pejabat Syerif Beaufort County belum memberikan maklumat lanjut insiden itu, termasuk keadaan semasa kejadian atau motif tembakan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.