3 cedera gempa kuat landa Jawa Timur

3 cedera gempa kuat landa Jawa Timur

Gempa bermagnitud 6.5 turut menyebabkan gegaran dirasai di Gianyar, Buleleng, Tabanan, Denpasar dan Kuta di wilayah Bali.

earthquake gempa bumi
Gempa bermagnitud 6.5 itu merosakkan 30 rumah, empat rumah ibadat dan sebuah kemudahan kesihatan. (Gambar fail)
JAKARTA:
Tiga cedera selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 menggegarkan wilayah Sumenep di Jawa Timur pada malam Selasa.

Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia dalam laporan awal hari ini mendedahkan gempa itu turut merosakkan 30 rumah, empat rumah ibadat dan sebuah kemudahan kesihatan.

“Bekalan elektrik di daerah Gayam terputus seketika, namun kini telah dipulihkan,” kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam kenyataan.

Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), gempa itu berlaku pada 11.49 malam waktu tempatan.

Pusat gempa terletak di bawah laut kira-kira 50km tenggara Sumenep pada kedalaman 11km, namun tidak mencetuskan ancaman tsunami.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di wilayah Bali, termasuk Gianyar, Buleleng, Tabanan, Denpasar dan Kuta.

Di wilayah Jawa Timur, gegaran sederhana hingga kuat dilaporkan di Pulau Madura dan bandar seperti Surabaya, Banyuwangi, Situbondo, Probolinggo, Gresik dan Mojokerto, menurut BMKG.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.