
Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Filipina pada Rabu memaklumkan angka korban dijangka terus meningkat.
Menurut laporan, gempa itu turut menyebabkan kerosakan jalan raya dan jambatan.
Akhbar Sunstar Cebu menyiarkan gambar penduduk Bogo City menangis ketika melihat jenazah orang tersayang ditutupi beg mayat.
Institut Volkanologi dan Seismologi Filipina pada mulanya merekodkan gempa bumi bermagnitud 6.7 sekitar 9.59 malam Selasa, sebelum disemak semula kepada 6.9 dengan kedalaman 5km, kira-kira 19km timur laut Bogo City.
Gegaran kuat turut dirasai di beberapa wilayah lain di tengah Filipina serta sebahagian kawasan selatan.
Filipina terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik yang sering terdedah kepada gempa bumi dan aktiviti gunung berapi.