Trump umum tarif 100% ke atas produk farmaseutikal

Trump umum tarif 100% ke atas produk farmaseutikal

Pengeluar boleh mengelakkan tarif itu jika mereka membina kemudahan pengeluaran di AS.

Donald Trump
Presiden AS Donald Trump berkata tiada tarif akan dikenakan ke atas produk farmaseutikal jika pengeluar sudah memulakan pembinaan kemudahan pengeluaran di AS. (Gambar AP)
WASHINGTON:
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Khamis mengumumkan tarif 100% ke atas produk farmaseutikal mulai 1 Okt ini, yang boleh dielakkan pengeluar jika mereka membina kemudahan pengeluaran di AS, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Dalam hantaran di platform Truth Socialnya, Trump mentakrifkan pembinaan loji farmaseutikal sama ada “pecah tanah” atau sedang “dalam pembinaan”.

“Oleh itu, tiada tarif akan dikenakan ke atas produk farmaseutikal sekiranya pembinaan sudah dimulakan.”

Tarif itu dijangka memberi kesan kepada negara seperti India, yang juga pembekal utama farmaseutikal ke AS.

Syarikat farmaseutikal Jerman juga bimbang kerana pasaran AS pasaran eksport terpenting mereka, merangkumi hampir 1/4 daripada jumlah eksport farmaseutikal Jerman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.