17 maut rusuhan penjara di Ecuador

17 maut rusuhan penjara di Ecuador

Ecuador berdepan krisis penjara sejak beberapa tahun ini, dengan kira-kira 600 banduan terbunuh dalam rusuhan berkaitan kumpulan sejak Februari 2021.

police line do not cross
Rusuhan itu dipercayai berpunca daripada konflik antara kumpulan di sebuah penjara di wilayah Esmeraldas, utara Ecuador kira-kira 3 pagi waktu tempatan. (Gambar Pixabay)
QUITO:
Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam rusuhan penjara di wilayah Esmeraldas, utara Ecuador pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Kejadian dipercayai berpunca daripada konflik antara kumpulan di sebuah penjara wilayah kira-kira 3 pagi waktu tempatan, dengan bunyi tembakan dan jeritan kedengaran, menurut portal berita tempatan Primicias yang memetik sumber polis Ecuador.

Siasatan awal polis mengesahkan rusuhan itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 17 maut, manakala media tempatan melaporkan kemungkinan ada mangsa lain di penjara berkenaan.

Isnin lalu, sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan 14 lagi cedera dalam rusuhan di sebuah penjara di barat daya Ecuador, menurut polis.

Ecuador berdepan krisis penjara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan angka rasmi menunjukkan kira-kira 600 banduan terbunuh dalam rusuhan berkaitan kumpulan sejak Februari 2021.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.