
“Biden memberi banyak pengampunan kepada individu yang sejujurnya akan berada di penjara jika bukan kerana pengampunan itu, tetapi pengampunan itu kini tidak sah. Menurut hampir semua orang,” kata Trump di Rumah Putih pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Katanya, beliau merancang menghantar Pengawal Kebangsaan ke New York City bagi membendung jenayah, selain ke Chicago, Memphis dan New Orleans.
“Kami juga akan ke New York,” katanya sambil menyenaraikan bandar AS lain, termasuk Chicago, Memphis dan New Orleans yang akan dikenakan tindakan membanteras jenayah oleh persekutuan.
Trump pada Isnin mengumumkan beliau menandatangani memorandum presiden menubuhkan Pasukan Petugas Selamat (Safe Task Force) di Memphis untuk menghapuskan jenayah di bandar itu “secara berperingkat”.
Usaha itu dijangka meniru inisiatif di Washington dan melibatkan Pengawal Kebangsaan serta agensi lain, termasuk FBI, Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan (ATF), Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) serta Perkhidmatan Marshal AS.
Pada 11 Ogos lalu, Trump mengarahkan anggota Pengawal Kebangsaan ke Washington susulan “darurat keselamatan awam” dan beliau akan memulihkan ketenteraman di bandar lain yang mempunyai kadar jenayah tinggi seperti New York, Chicago, Baltimore, Oakland serta Los Angeles.