Raja Thailand perkenan Kabinet baharu pimpinan PM Anutin

Raja Thailand perkenan Kabinet baharu pimpinan PM Anutin

Raja Maha Vajiralongkorn lantik 36 menteri yang dipilih Anutin, termasuk enam timbalan perdana menteri.

Perkenan Raja Thailand Maha Vajiralongkorn buka jalan kepada Jemaah Menteri baharu angkat sumpah taat setia serta bentang kenyataan dasar di Parlimen, sebelum mula tugas secara rasmi. (Gambar Reuters)
BANGKOK:
Raja Thailand Maha Vajiralongkorn memperkenankan pembentukan Jemaah Menteri baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Anutin Charnvirakul, lapor Xinhua.

Menurut Warta Diraja rasmi, baginda melantik 36 anggota Jemaah Menteri yang dipilih Anutin, termasuk enam timbalan perdana menteri serta beberapa menteri lain, susulan perkenan terhadap pelantikan beliau sebagai perdana menteri baharu awal bulan ini.

Dengan Anutin yang turut memegang jawatan menteri dalam negeri, Parti Bhumjaithai akan mengetuai kerajaan campuran dengan memegang bahagian terbesar, iaitu 12 kerusi Jemaah Menteri, termasuk tiga jawatan dalam pejabat perdana menteri.

Perkenan diraja ini membuka jalan kepada Jemaah Menteri baharu itu untuk mengangkat sumpah taat setia di hadapan baginda serta membentangkan kenyataan dasar di Parlimen, sebagai langkah terakhir sebelum para menteri boleh memulakan tugas secara rasmi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.