FBI tawar ganjaran USD100,000 bagi maklumat kes tembak Charlie Kirk

FBI tawar ganjaran USD100,000 bagi maklumat kes tembak Charlie Kirk

FBI turut mengeluarkan dua imej individu yang dikategorikan 'orang berkepentingan'.

Charlie Kirk ditembak di bahagian leher ketika berucap dalam acara debat terbuka ‘Prove Me Wrong’ di Universiti Utah Valley pada Rabu. (Gambar Wikipedia)
SACRAMENTO:
Penyiasat Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menawarkan ganjaran USD100,000 bagi maklumat membawa kepada penangkapan individu bertanggungjawab menembak aktivis politik, Charlie Kirk ketika pencarian suspek diperluas, lapor Xinhua.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) turut mengeluarkan dua imej individu yang dikategorikan “orang berkepentingan”.

Kirk, 31, ditembak di bahagian leher ketika berucap di depan orang ramai dalam acara debat terbuka “Prove Me Wrong” di Universiti Utah Valley sekitar tengah hari Rabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.