Tentera Nepal ambil alih kuasa

Tentera Nepal ambil alih kuasa

Panglima Tentera Darat Ashok Raj Sigdel seru semua pihak bertenang dan mengadakan dialog bagi penyelesaian krisis.

nepal army
Tentera mengambil alih kuasa di Nepal selepas dua hari protes ganas yang mengorbankan 20 nyawa, sehingga memaksa Perdana Menteri KP Sharma Oli letak jawatan. (Gambar EPA Images)
ANKARA:
Tentera Nepal mengambil alih kuasa selepas dua hari protes yang mengorbankan 20 nyawa serta menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri KP Sharma Oli, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.

Portal berita SetoPati melaporkan tentera ‘sedang beroperasi di seluruh negara’.

Askar dikerahkan untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman ketika penunjuk perasaan merosakkan harta benda awam serta membebaskan banduan.

Terdahulu, Panglima Tentera Darat Ashok Raj Sigdel menggesa agar semua pihak bertenang dan mengadakan dialog bagi menyelesaikan krisis di negara Himalaya itu.

Semua lapangan terbang turut ditutup.

Presiden Ramchandra Paudel sedang bersiap memulakan proses membentuk kerajaan baharu selepas beliau menerima peletakan jawatan Oli.

Hampir 350 yang lain dilaporkan cedera.

Sejak Isnin, Nepal menyaksikan beberapa peristiwa dramatik selepas Oli melarang penggunaan media sosial, sambil menggesa syarikat multinasional itu membuka pejabat di negara berkenaan.

Tindakan itu mencetuskan protes besar-besaran di ibu negara Kathmandu apabila penunjuk perasaan menyerbu bangunan awam dan pejabat parti politik, termasuk memasuki bangunan Parlimen sebelum membakarnya.

Penunjuk perasaan turut membakar kediaman beberapa pemimpin utama termasuk Pejabat Presiden, ketika protes ganas berterusan walaupun kerajaan mengumumkan larangan terhadap media sosial ditarik balik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.