
Setiausaha Negara Marco Rubio, berkata Pejabat Kawalan Aset Asing (Ofac) Jabatan Perbendaharaan mengenakan sekatan ke atas sembilan sasaran yang terlibat dalam operasi di pusat penipuan Shwe Kokko di Myanmar, yang didakwa beroperasi di bawah perlindungan Tentera Nasional Karen (KNA), sebuah kumpulan bersenjata etnik di tenggara Myanmar.
Selain itu, Ofac turut mengenakan sekatan ke atas empat individu dan enam entiti yang mengendalikan kem buruh paksa di Kemboja. AS mendakwa pekerja di kem berkenaan dipaksa melakukan penipuan pelaburan mata wang kripto yang menyasarkan mangsa di AS, Eropah, China, dan negara lain.
“Pelaku jenayah di seluruh Asia Tenggara semakin mengeksploitasi kelemahan rakyat Amerika dalam talian,” kata Rubio.
Semua harta dan kepentingan individu yang dikenakan sekatan di AS atau yang dikawal oleh warga AS kini dibekukan. Entiti yang dimiliki 50% atau lebih oleh individu yang disekat juga dikenakan sekatan.