
Akhbar The Guardian melaporkan pajakan kemudahan itu sepatutnya hanya berakhir pada 2029, namun Elbit menutupnya lebih awal.
Aktivis dilaporkan memanjat bumbung bangunan, memecahkan tingkap, dan menyimbah cat merah pada premis berkenaan.
Elbit menghasilkan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk tentera Israel dan dianggap sebagai ‘tulang belakang’ armada dron Angkatan Pertahanan Israel (IDF).
Pada Julai lalu, Palestine Action diharamkan di UK selepas aktivis menceroboh pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) terbesar negara itu, Brize Norton di Oxfordshire, serta merosakkan dua pesawat pengisian minyak Airbus Voyager menggunakan besi pengumpil dan menyembur cat merah pada turbin pesawat berkenaan.
Mereka berkata, tindakan itu didorong oleh sokongan RAF terhadap operasi ketenteraan Israel, termasuk penerbangan tinjauan di Gaza.