Wabak selesema burung dikesan di Jerman, Portugal

Wabak selesema burung dikesan di Jerman, Portugal

Punca jangkitan dalam kedua-dua wabak itu masih belum dikenal pasti.

bird flu
Wabak virus selesema burung H5N1 yang sangat patogenik dikesan di ladang di Jerman dan Portugal, mengakibatkan kematian lebih 1,000 ekor ayam itik. (Gambar AP)
PARIS:
Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (WOAH) yang berpusat di sini pada Rabu melaporkan bahawa wabak virus selesema burung H5N1 yang sangat patogenik telah berlaku baru-baru ini di ladang di Jerman dan Portugal, mengakibatkan kematian lebih 1,000 ekor ayam itik, lapor Xinhua.

Pada 1 Sept, wabak selesema burung berlaku di sebuah ladang di Hadenfeld, utara Jerman, yang menjejaskan 2,800 ekor ayam penelur. Daripada jumlah itu, 100 ekor mati dan selebihnya dimusnahkan.

Pada 2 Sept, sebuah ladang di Samora Correia, berhampiran Lisbon, turut melaporkan wabak selesema burung yang menjejaskan lebih 250,000 ekor itik pedaging, dengan 1,011 ekor daripadanya mati dan selebihnya dimusnahkan.

Punca jangkitan dalam kedua-dua wabak itu masih belum dikenal pasti.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.