Bekas menteri pendidikan Indonesia suspek kes rasuah

Bekas menteri pendidikan Indonesia suspek kes rasuah

Nadiem Makarim dinamakan susulan perolehan komputer riba yang dipercayai mengakibatkan kerajaan rugi USD120 juta.

Bekas menteri pendidikan Indonesia, Nadiem Makarim, disyaki terlibat kes rasuah di bawah program pendigitalan seluruh negara. (Gambar EPA Images)
JAKARTA:
Pejabat Peguam Negara Indonesia (AGO) menamakan bekas menteri pendidikan, Nadiem Makarim, sebagai suspek kes rasuah yang didakwa menyebabkan kerugian negara 1.9 trilion rupiah (USD120 juta).

Kes itu berkaitan dengan perolehan komputer riba di bawah program pendigitalan seluruh negara, dasar utama yang diperkenalkan semasa tempoh perkhidmatan Nadiem.

“Bukti mencukupi untuk menamakan bekas menteri itu sebagai suspek telah dikumpulkan,” kata Pengarah Penyiasatan Jenayah Khas AGO, Nurcahyo Jungkung Madyo.

Nadiem didakwa di bawah Undang-undang Pembanterasan Rasuah 1999 dan Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup kerana menyebabkan kerugian negara dan menyalahgunakan dana awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.