
Letupan berlaku di luar sebuah stadium di Quetta, wilayah Balochistan sejurus selepas perhimpunan itu berakhir, menurut polis dan laporan media.
Rakaman televisyen Samaa News menunjukkan orang ramai membantu mengangkat mangsa yang cedera ke dalam van polis dan kenderaan persendirian.
Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai punca letupan.
Perhimpunan itu dianjurkan Parti Kebangsaan Balochistan yang dipimpin bekas ketua menteri, Sardar Akhtar Mengal.
Wilayah Balochistan yang kaya dengan hasil mineral termasuk Quetta, sejak sekian lama menjadi lokasi keganasan dengan pasukan keselamatan berdepan pemberontakan berskala rendah.