AS jadi ‘negara dunia ketiga’ jika batal tarif, kata Trump

AS jadi ‘negara dunia ketiga’ jika batal tarif, kata Trump

Ia selepas Mahkamah Rayuan AS memutuskan Donald Trump tiada kuasa mengenakan tarif, sekali gus menjadikan kebanyakan tarif dikenakannya tidak sah.

Donald Trump
Donald Trump mendakwa lebih USD15 trilion akan dilaburkan di AS, dengan sebahagian besarnya datang daripada tarif. (Gambar AP)
MOSCOW:
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, berkata negaranya akan menjadi “negara dunia ketiga” jika mahkamah membatalkan tarif dikenakannya.

Terdahulu, Mahkamah Rayuan AS memutuskan Trump tiada kuasa mengenakan tarif, sekali gus menjadikan kebanyakan tarif itu tidak sah.

Namun, mahkamah mengekalkan pelaksanaannya sehingga perbicaraan di Mahkamah Agung pada 14 Okt nanti.

“Lebih USD15 trilion akan dilaburkan di AS, satu rekod. Sebahagian besar pelaburan ini hasil daripada tarif.

“Jika mahkamah kiri radikal dibenar membatalkan tarif ini, hampir semua pelaburan, malah lebih banyak lagi akan dibatalkan serta-merta! Dalam banyak hal, kita akan menjadi negara dunia ketiga, tanpa harapan untuk kembali hebat. Masa amat penting!” kata Trump di platform Truth Social.

Trump menandatangani perintah eksekutif 1 Ogos lalu untuk mengenakan tarif ke atas beberapa negara dengan kadar 10 hingga 41%, menurut dokumen dikeluarkan Rumah Putih.

Tarif baharu itu dikenakan ke atas 69 rakan dagangan AS dan mula berkuat kuasa 7 Ogos lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.