33 maut banjir di Pakistan

33 maut banjir di Pakistan

Lebih dua juta penduduk terjejas akibat banjir besar yang melanda wilayah Punjab.

Khemah sementara didirikan di Lahore bagi menempatkan penduduk terjejas akibat banjir besar yang melanda wilayah Punjab pada Ahad. (Gambar EPA Images)
ISLAMABAD:
Sekurang-kurangnya 33 terkorban, manakala lebih dua juta lagi terjejas selepas hujan lebat mengakibatkan banjir besar di wilayah Punjab, timur Pakistan, kata pegawai pada Ahad, lapor Xinhua.

Ketua Pengarah Pengurusan Bencana Wilayah (PDMA), Irfan Ali Kathia, berkata hampir setengah juta penduduk dipindahkan ke kawasan selamat ketika banjir besar terus menenggelami banyak kawasan di Punjab, manakala operasi menyelamat serta bantuan masih diteruskan.

Beliau berkata, lebih 800 bot dan 1,300 anggota penyelamat dikerahkan bagi memindahkan mangsa, kebanyakannya di kawasan luar bandar dekat tebing sungai utama Punjab.

Tiga sungai utama di wilayah itu kini di paras berbahaya, menurut pegawai PDMA.

Bagi menampung mangsa dipindahkan, beberapa khemah sementara didirikan di seluruh wilayah, dengan makanan, tempat tinggal dan perkhidmatan kesihatan asas disediakan.

Sejak 26 Jun lalu, sekurang-kurangnya 854 maut dan 1,130 lagi cedera dalam insiden berkaitan hujan di seluruh Pakistan, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.