
Wilayah Kunar paling terjejas dengan korban disahkan pihak berkuasa tempatan.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan gempa bermagnitud 6.0 berlaku pada 11.47 malam waktu tempatan (1917GMT), 27km timur laut Jalalabad pada kedalaman 8km.
Direktorat Kesihatan Awam Nangarhar melaporkan mangsa cedera dihantar ke hospital wilayah.
Jurucakap pentadbiran sementara Afghanistan, Zabihullah Mujahid mengesahkan gempa bumi itu menyebabkan korban jiwa.
“Dukacita dimaklumkan gempa bumi malam ini telah mengakibatkan kematian dan kerosakan harta benda di beberapa wilayah timur,” tulisnya di platform X.
Mujahid berkata, pegawai tempatan dan penduduk sedang menjalankan operasi menyelamat, manakala pasukan bantuan dari wilayah pusat serta berdekatan digerakkan ke kawasan terjejas.
“Segala sumber yang ada akan digunakan untuk menyelamatkan nyawa.”
USGS turut melaporkan sekurang-kurangnya dua lagi gegaran susulan, masing-masing bermagnitud 5.2 melanda kawasan sama selepas gempa pertama.