Bekas speaker Parlimen Ukraine ditembak mati

Bekas speaker Parlimen Ukraine ditembak mati

Pejabat Pendakwa Raya Ukraine memaklumkan seorang lelaki tidak dikenali menembak mati Andriy Parubiy di lokasi kejadian.

Andriy Parubiy
Pakar forensik menjalankan siasatan di lokasi tembakan di Lviv, barat Ukraine pada Sabtu. (Gambar EPA Images)
KYIV:
Bekas speaker Parlimen Ukraine, Andriy Parubiy ditembak mati di bandar barat Lviv pada Sabtu, menurut pihak berkuasa negara itu, lapor Xinhua.

Pejabat Pendakwa Raya Ukraine memaklumkan seorang lelaki tidak dikenali menembak mati ahli politik berusia 54 tahun itu di lokasi kejadian.

Menurut media tempatan, suspek yang menyamar sebagai penghantar barang melarikan diri dengan menaiki basikal elektrik dan kini diburu polis.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengecam pembunuhan itu sebagai “jenayah kejam”.

“Semua pasukan dan sumber yang diperlukan digerakkan untuk menyiasat dan menjejaki pembunuh itu,” katanya menerusi hantaran X.

Parubiy merupakan tokoh utama dalam gerakan protes Ukraine pada 2004 dan 2014, selain pernah berkhidmat sebagai setiausaha Majlis Keselamatan dan Pertahanan Negara.

Bekas presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyifatkan pembunuhan itu “serangan besar terhadap Ukraine”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.