
Nahas berlaku kira-kira 10.50 pagi Selasa berhampiran Stadium Laga Lembu Cheongdo apabila sebuah kereta api Mugunghwa yang dalam perjalanan ke Jinju di Wilayah Gyeongsang Selatan melanggar tujuh pekerja yang sedang memeriksa struktur di cerun berhampiran landasan, menurut polis dan Korea Railroad Corp (Korail) yang dikendalikan oleh kerajaan.
Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan, namun dua disahkan meninggal dunia. Seorang lagi pekerja hanya cedera ringan.
Ketika kejadian, terdapat 89 penumpang menaiki kereta api itu, namun tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.
Menurut Korail, kerja pemeriksaan dijalankan susulan hujan lebat yang melanda Cheongdo baru-baru ini. Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas.