
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan beliau menandatangani perintah eksekutif melanjutkan penangguhan tarif ke atas China selama 90 hari lagi.
“Semua elemen lain dalam perjanjian akan kekal sama. Terima kasih atas perhatian anda terhadap perkara ini!” kata Trump di platform media sosial Truth Social.
Menurut perintah itu, AS akan mengekalkan penggantungan tarif lebih tinggi terhadap import dari China sehingga 10 Nov.
Namun, tarif timbal balik 10% kekal berkuat kuasa sepanjang tempoh itu.