11 maut, 46 cedera nahas 2 kenderaan di Brazil

11 maut, 46 cedera nahas 2 kenderaan di Brazil

Kejadian berlaku apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak di Mato Grosso.

police line do not cross
Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 46 lagi cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak dalam kejadian di lebuh raya di Brazil. (Gambar Pixabay)
SAO PAULO:
Sekurang-kurangnya 11 orang maut dan 46 lagi cedera apabila sebuah bas berlanggar dengan sebuah trak pada lewat Jumaat di lebuh raya di negeri Mato Grosso, wilayah tengah-barat Brazil, menurut polis lebuh raya persekutuan Brazil pada Sabtu, lapor Xinhua.

Menurut agensi berita kerajaan Agencia Brasil, daripada jumlah mangsa yang cedera, lapan mengalami kecederaan ringan, 26 cedera sederhana manakala 12 lagi, termasuk pemandu trak cedera parah.

Kemalangan itu berlaku berhampiran bandar Lucas do Rio Verde, kira-kira 360 km dari Cuiaba, ibu negeri berkenaan. Bas itu dalam perjalanan dari Cuiaba ke Sinop, sebuah hab utama bagi industri perniagaan tani Brazil.

Polis sedang menyiasat punca kemalangan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.