Kubur besar 32 mayat ditemukan di Mexico

Kubur besar 32 mayat ditemukan di Mexico

Mayat-mayat itu ditemukan di sebuah kawasan di perkampungan La Calera berhampiran bandar Irapuato.

Guanajuato yang terletak kira-kira 350km di barat laut ibu negara Mexico City, dahulunya dianggap sebagai pusat perindustrian yang selamat, namun kini menjadi antara negeri paling berbahaya. (Gambar EPA Images)
BUENOS AIRES:
Pasukan penyiasat telah menemui 32 mayat dalam sebuah kubur besar di tengah Mexico, dengan 15 daripadanya telah dikenal pasti, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Selasa memetik Pejabat Pendakwa Raya Negeri Guanajuato.

Akhbar Milenio melaporkan bahawa ini merupakan penemuan mayat terbesar di Guanajuato dalam tempoh lima tahun.

Mayat-mayat itu ditemukan di sebuah kawasan di perkampungan La Calera berhampiran bandar Irapuato. Bagaimanapun, punca dan butiran lanjut mengenai penemuan itu masih belum jelas.

Negeri Guanajuato, yang terletak kira-kira 350km di barat laut ibu negara Mexico City, dahulunya dianggap sebagai pusat perindustrian yang selamat, namun kini menjadi antara negeri paling berbahaya di Mexico susulan keganasan kartel dadah.

Menurut angka rasmi, lebih 124,000 orang dilaporkan hilang di seluruh Mexico. Kebanyakan mereka dipercayai diculik dan dibunuh oleh sindiket jenayah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.